Lepas habis dari exam, ingatkan dah boleh tulis blog. Tapi tetiba macam takde idea. Yelah takkan nak kasi korang bace benda benda tak best kan. Kesian korang. Hehe. Time cuti winter selepas habis exam ni, kerja aku tengok movie, tengok replay dota, main internet, chatting, baca buku dan melepak lepak. Memang zero efficiency, bak kata engineer. Hahaha.
Lepas itu kan, ada la sorang senior ni kata ada tempat best untuk beli seafood. Biase dekat UK seafood mahal, dan orang sini memang tak makan seafood pun.So disebabkan dah lama tak makan seafood, tadi kitorang pergilah St. George's Market tu. Belilah ketam, sotong dengan ikan untuk makan dinner ramai ramai. Dalam 12 orang jugak lah kalau nak dikira. Tak cukup jari tangan, kena pakai jari kaki sekali.
Kalau dah beli bahan mentah ni, biasa lah kan. Kenalah masak. Disebabkan aku minat sikit masak ini, jadi kitorang 4 orang termasuk aku lah lantik diri kitorang sendiri jadi chef. Yang lagi 3 itu Nizam, Abe We dengan Fadam(faiz+adam). Jeng jeng jeng. Nak tengok gambar ke? Lek lu. Haha. Kenalah bagitau sedikit resipi apa yang kitorang masak tadi.
Kita mulakan dengan ketam. Ketam ni kitorang masak lemak. peegghh! Meleleh air liur korang :P.. Masak lemak ni sedap pastu senang saja. Nak tengok gambar jugak?? Ok lah. Nah. Haha.
Sluurp! |
Sotong. Sotong masak apa pulak?? Kitorang decide nak masak kicap. Sedap sedap. Yang ini paling cepat habis licin. Nah gambar.
Credit to We |
Last but not least! Haa ini recipe idea kitorang. Ikan yang kitorang beli itu, kitorang grill. Hehe. Boleh tahan. Siap marinate dulu tu. Ini dia punya marinate.
Nak recipe?? Rahsia :) |
Lepas lumur ikan itu dengan marination sauce ini, kitorang bungkus dalam aluminium foil. Time itu letakkan sekali bawang putih, halia dengan satu slice lemon letak dalam perut ikan itu. Ni untuk tambah rasa dengan buang bau hanyir. Haaa. Terror kan. See the leg la beb. Haha. Ini gambar ikan ikan yang telah siap dikapankan.
Yummy2! |
Yang bestnya, makan dalam talam. Hehe. Baru la feel beb. Rebut rebut makanan, lagi lagi pulak masak sedap lah kan. Ehem ehem. Dah lepas makan tu ada pulak orang beli ice cream sampai tiga ketul besar. Ada yang bawak buah orange. Dengan snacks yang lain Tadi. Pegh! Memang meletup lah perut. Bulat gila perut. Kalau cucuk, terburai. Ahaha. Sorry la tak sempat amek gambar time sebelum makan. Sebab semua dah tak sabar(aku yang terlupa sebenarnya). Jadi ini saja lah gambar yang ada. Haha.
Ahaha! dah habis! |
Ok lah. Sampai setakat itu dulu kot. Gambar winter trip nanti nanti lah ya. Ciao! Slm..