Saturday 15 January 2011

Makan makan benda dalam air..

  Sejak balik dari cuti winter, aku rasa macam ada benda yang kurang. Macam ada something yang aku miss. Lama aku terpikir apa dia ek. Pikir punya pikir, rupa rupanya dah lama tak update blog :P.. Jadi aku pun mula lah pasang angan angan nak update blog. Tapi terbantut. Exam mathematics and computing pulak.. Haish.

  Lepas habis dari exam, ingatkan dah boleh tulis blog. Tapi tetiba macam takde idea. Yelah takkan nak kasi korang bace benda benda tak best kan. Kesian korang. Hehe. Time cuti winter selepas habis exam ni, kerja aku tengok movie, tengok replay dota, main internet, chatting, baca buku dan melepak lepak. Memang zero efficiency, bak kata engineer. Hahaha.

  Lepas itu kan, ada la sorang senior ni kata ada tempat best untuk beli seafood. Biase dekat UK seafood mahal, dan orang sini memang tak makan seafood pun.So disebabkan dah lama tak makan seafood, tadi kitorang pergilah St. George's Market tu. Belilah ketam, sotong dengan ikan untuk makan dinner ramai ramai. Dalam 12 orang jugak lah kalau nak dikira. Tak cukup jari tangan, kena pakai jari kaki sekali.

  Kalau dah beli bahan mentah ni, biasa lah kan. Kenalah masak. Disebabkan aku minat sikit masak ini, jadi kitorang 4 orang termasuk aku lah lantik diri kitorang sendiri jadi chef. Yang lagi 3 itu Nizam, Abe We dengan Fadam(faiz+adam). Jeng jeng jeng. Nak tengok gambar ke? Lek lu. Haha. Kenalah bagitau sedikit resipi apa yang kitorang masak tadi. 

  Kita mulakan dengan ketam. Ketam ni kitorang masak lemak. peegghh! Meleleh air liur korang :P.. Masak lemak ni sedap pastu senang saja. Nak tengok gambar jugak?? Ok lah. Nah. Haha.

Sluurp!  

   Sotong. Sotong masak apa pulak?? Kitorang decide nak masak kicap. Sedap sedap. Yang ini paling cepat habis licin. Nah gambar.

Credit to We
   
  Last but not least! Haa ini recipe idea kitorang. Ikan yang kitorang beli itu, kitorang grill. Hehe. Boleh tahan. Siap marinate dulu tu. Ini dia punya marinate.


Nak recipe?? Rahsia :)


    Lepas lumur ikan itu dengan marination sauce ini, kitorang bungkus dalam aluminium foil. Time itu letakkan sekali bawang putih, halia dengan satu slice lemon letak dalam perut ikan itu. Ni untuk tambah rasa dengan buang bau hanyir. Haaa. Terror kan. See the leg la beb. Haha. Ini gambar ikan ikan yang telah siap dikapankan.

Yummy2!
   Tadi lepas siap masak, kitorang pun panggil la budak budak malaysia yang lain datang. TAPI panggil sikit aje lah. Takkan nak panggil semua orang yang berjumlah 100 lebih itu. Best kumpul ramai ramai makan sama-sama. Pulak tu semalam birthday salah sorang dari kitorang. Ehem ehem. faiz. Aku promote nama engkau ini.Bagi la gula gula.

  Yang bestnya, makan dalam talam. Hehe. Baru la feel beb. Rebut rebut makanan, lagi lagi pulak masak sedap lah kan. Ehem ehem. Dah lepas makan tu ada pulak orang beli ice cream sampai tiga ketul besar. Ada yang bawak buah orange. Dengan snacks yang lain Tadi. Pegh! Memang meletup lah perut. Bulat gila perut. Kalau cucuk, terburai. Ahaha. Sorry la tak sempat amek gambar time sebelum makan. Sebab semua dah tak sabar(aku yang terlupa sebenarnya). Jadi ini saja lah gambar yang ada. Haha.

Ahaha! dah habis!
    Maka tamatlah riwayat cerita seafood ini. Haha. Dah tu apa tujuan dia? Nak buat korang lapar la~..

  Ok lah. Sampai setakat itu dulu kot. Gambar winter trip nanti nanti lah ya. Ciao! Slm..

Wednesday 22 December 2010

Sayonara~

aku snap dari tingkap accommodation hall aku

  Im heading off for Dublin and mainland for my winter travel.. So blog ini tak akan ku update sehingga habis travel. Sorry semua. Thank you so much sebab baca blog ini. By new year I should be here again. Drop ur comments. I would appreciate it.

Jaa ne~

Matta~

See You In 2011 :)

Try, control mimpi kamu..

  Hari ini aku bangun agak lambat. Yang menjadi persoalan, bukan time aku bangun itu. Tetapi aku baru tersedar dari mimpi dalam mimpi. Mimpi aku yang pertama, aku tengah berlumba berenang dengan kawan kawan di sebuah swimming pool entah mana. Yang peliknya aku swim cepat sangat. Kawan aku yang tidak berenang tapi mencatat masa kata timing aku dah nak dekat rekod dunia. Ah mengarut. Time tu aku sedar aku tengah bermimpi. So aku cuba sedaya upaya lah nak bangun. Berjaya! Akan tetapi rupanya aku berada dalam satu lagi mimpi. Kalau tak silap, tengah berjalan dengan keluarga. Mimpi itu jadi pelik time kitorang jumpa hantu. Nak baca ayat macam tak terkeluar dari mulut. Lepas itu tersedar. Kali ini betul betul. Sebab berada di atas katil, tengok luar pun ada snow. Haha.



  Cukupkah sekadar mimpi menjadi bahan untuk mula tulis sesuatu topik. Tidak bagi aku. Sebenarnya aku hampir lupa mimpi aku pagi tadi. Baru beberapa jam lepas, hati aku tergerak untuk tengok Inception. Orang kata cerita ini best tapi aku tak tahu summary dia pun. Rupanya berkenaan mimpi jugak. Lepas habis tengok cerita, aku jadi bingung sebentar. Macam banyak sangat kebetulan. Aku pun apa lagi mula lah nak buat research pasal mimpi. Ingatkan bahan yang dijumpai simple, tapi banyak sangat benda yang interesting. Ini yang membuatkan aku nak share dengan korang. Baca entri ini, dan last sekali nanti ada soalan. Hehe. 

  Haish kasi lah makna mimpi dulu

  Jadi, apa itu mimpi? Dreams ini biasa ditafsirkan sebagai siri siri gambaran, bunyi, rasa dan emosi ketika tidur. Dalam sains, kajian mimpi ini orang panggil oneirology tahu. Tujuan mimpi masih belum diketahui. Aku rasa sampai kiamat pun kita tak akan tau kan. Dan mimpi yang kita dapat ingat berlaku ketika kita melalui fasa REM( Rapid Eye Movements) ketika tidur. Ini bermakna, mata kita bergerak sangat laju, walaupun kelopak mata ditutup.
      
  Hipotesis


  Disebabkan tujuan mimpi ini masih tidak diketahui, banyak hipotesis tentang mimpi yang keluar. Hipotesis yang dibuat memang interesting. Aku rasa tujuan mimpi merupakan gabungan hipotesis yang ada. Antara hipotesis yang menjelaskan tujuan mimpi adalah ia adalah cara otak untuk membuang informasi yang tak berguna di siang hari. Ada juga yang mengatakan mimpi menguatkan memori. Ada yang kata mimpi menyedarkan kita tentang keputusan yang kita akan buat kelak. Ada yang kata mimpi ini menolong kita membuat connection antara fikiran fikiran yang kita lalui pada masa siang hari, dan mungkin time tengah mimpi dapat menyelesaikan masalah yang ada di real life. Mimpi pun kadangkala boleh disebabkan kejadian traumatik. Boleh tak aku nak setuju dengan semua teori yang ada? Haha. Sebab best sangat.

  Ada pulak satu researcher yang rajin ini kan, dia boleh buat koleksi tentang mimpi orang lain. Nama dia Calvin S. Hall. Weh, penatlah orang lain nak kena cerita mimpi masing masing dekat kau. Itupun kalau ingat. Erk. Ok takpe. Jom kita tengok konklusi yang dia buat dari data yang dia kutip from lebih kurang 50 000 mimpi. Yes thats right, memang tidak ada kerja. Dia kata mimpi ini biasanya memasukkan kejadian yang berlaku mungkin sehari atau selang beberapa hari sebelum mimpi. Dan biasanya lebih banyak mimpi yang membawa negatif emotions. Kira memang rare lah untuk korang dapat mimpi seronok ronok.
 
Ini mimpi yang cantiks!
  Jenis Mimpi

  Mimpi ini ada dua jenis tahu. Satu, mimpi yang korang tak sedar korang bermimpi. Rasa macam benda itu memang real. Ini jenis yang paling biasa. Kita alami selalu. Yang kedua, mimpi yang korang sedar itu adalah mimpi. Ini di'term'kan sebagai lucid dreams. Maknanya orang yang mimpi itu tahu dia bermimpi. Mimpi jenis inilah yang berharga dan membuat aku curious.

 
   Sebab apa curious dengan mimpi macam ini. Sebab aku pernah mengalaminya. Dalam tengah mimpi, aku sedar aku sedang berada di alam khayalan. Yang bestnya, bila kau dah sedar, kau boleh kawal mimpi itu. Aku ingat lagi, aku terjun bangunan dan boleh float. Macam terbang tapi takde sayap. Dan tak laju macam superman. Tak best. Aku hanya floating dan berenang. Sangat best. Boleh pergi mana mana. Sayangya mimpi tak lama. Memang impossible untuk mimpi lebih lama dari 20 minit, mengikut kata researchers. Tetapi tak apalah. Aku puas time itu. Kalau korang sedar korang bermimpi, jangan lah takut. Try kawal mimpi korang, dan bukan nak terus tersedar. Buat apa apa yang korang mahu. Benda yang impossible dalam real life. Yang lelaki jangan fikir yang nakal nakal ok. Hehe. Cuba time nak tidur, latih diri korang untuk ingat kena kawal mimpi. Kalau dapat, best. Aku jarang dapat mimpi best best.

Terbang, kamu boleh :)

    Ada yang bila mimpi, korang akan tersedar dan ingat dah bangun betul betul kan. Sebenarnya itu mimpi. Kali kedua terbangun baru tersedar betul betul. Kira mimpi dalam mimpilah. Mungkin idea cerita Inception dia ambil dari sini. Benda ini memang wujud dalam real life. Ia dipanggil false awakening. Well sekali lagi aku tidak keseorangan. Haha.
  
   Cara Test Mimpi atau Betul

Bajet pandai lah!

   Kalau korang nak tahu, saintis dah pun gariskan cara sama ada nak tahu anda sedang bermimpi atau sedar. Ada yang kata boleh cubit diri sendiri. Namun ade saintis yang tak setuju dalam perkara ini sebab dalam mimpi pun kita boleh rasa sakit. Ada cara lain. cuba baca text dalam telefon atau buku atau signboard. Mungkin akan nampak pelik atau blur. Ni perkara betul. Sebab aku penah mimpi nak baca buku. Tapi tak boleh baca. Time itu aku tak tersedar aku sedang mimpi, sebab aku memang rabun dan pakai contact lens. Jadi, ingatkan terlupa pakai contacts time tu! Lol. Cara lain untuk tahu samada kita sedang bermimpi, adalah dengan melihat paras tingkat bangunan atau cermin. Akan ada benda yang tidak logik. Tengok cermin aku tak cadangkan sebab saintis kata kadangkala imej dia menakutkan. Well, selamat beruji kaji semasa tidur. Hehe.
    
Penutup perbicaraan
    
   
   Anda dah rasa mimpi ini sebagai subjek yang best kan. Aku tahu. Haha.Konklusi korang boleh buat sendiri. Otak aku dah stuck. Cuma nak bertanya sedikit soalan kepada adik adik, kakak kakak dan abang di luar sana.
    
   Pernah tak korang sedar bahawa korang sedang bermimpi? Jika ya, apa yang awak buat time itu?

  Apa mimpi yang paling best korang pernah alami?
  Korang selalu tak ingat mimpi korang?

  Mimpi selalunya efek tak hari anda selepas terjaga itu?

  Owh sorry.. Banyak sungguh soalan kan. Jawab lah yang mana nak. Jawab panjang ataupun pendek pun tidak ape. Tak nak jawab pun boleh. Tapi nanti tuan blog sedih lah. Haha. 
  Sekian, signing off dari alam mimpi. 

Monday 20 December 2010

Itu Opinion you, Opinion I Laen..

   Idea untuk tulis entri yang gedik tajuknya ni dah lama ada dalam kepala otak aku. Cuma point mungkin kurang kuat. Lagipun. aku sebenarnya nak buat entri lain. Tetapi entri ini tiba tiba memotong line.Pergh! Tak ikut undang undang betul. Idea dalam fikiran mencurah curah. Mungkin sebab tengah duduk sebelah api dekat fire place. Nikmat betul lah dapat kepanasan time winter yang sejuk ini. Mari tengok sikit gambar.
Lets get comfy boys and girls!




  Ok ok, janji akan berhenti merapu pasal api. Sebab topik ni pasal perbezaan pendapat. So, on to the next paragraph.


   Sebagai permulaan kan,aku rasa topic ini agak menarik. Lebih lebih lagi untuk orang sekarang yang rata rata rasa pandai berdebat. Lagipun, nak pertahankan ego. Betul tak?? Hehe.. Bagi yang kurang minat untuk bertekak atau bersuare pun, tipu kalau tak pernah mengalami benda ini kan. Mesti korang pernah berbeza pendapat dengan kengkawan kan. Paling simple pun, nak makan tempat lain lain time keluar bersama. Takpun, taknak tengok movie yang sama. Yang nak jaga hati kawan biasa akan mengalah. Yang menang ini pulak, biasa yang reti mempengaruhi fikiran orang, ataupun yang kuat merajuk. Kalau lelaki, yang gedik terlebih lah, simple. Mesti korang pernah terasa hati dengan kawan kawan pasal benda benda macam ni kan. Geram? Relaks. Tarik nafas dalam dalam. Hehe. So, jom kita belajar sikit sikit tentang perbezaan pendapat.


  Kalau korang belek kamus mana mana ataupun cari dekat internet bagi sesiapa yang memang tak boleh tinggal facebook kejap untuk bace buku, definition pendapat memang lebih kurang sama. Maksud pendapat secara general adalah interpretasi subjektif terhadap sesuatu perkara, berdasarkan fakta fakta yang ada dan pemikiran masing masing. Satu benda yang sama pun boleh diinterpretasikan berdasarkan fikiran masing masing. Tak uniklah lah kan kalau korang semua fikir benda sama. Baik kawan dengan diri sendiri je.
Bercakap dengan diri sendiri nak tak?

    Sebelum kita adventure lebih jauh, aku nak cakap dulu. Ini bukan entri yang menyokong benda salah, especially yang terang lagi bersuluh salah.Aku lebih minat merapu pasal pendapat, dan bukan betul dan salah. Pahala tetap pahal dan dosa tetap dosa. Perbezaan pendapat pun bukan boleh diamalkan dalam semua perkara. Jangan main hentam yek.

  Perbezaan pendapat, ataupun segala perbezaan adalah normal. So, rest assured, korang tak gila. Haha.  Variation itu perkara fitrah, sedangkan genetic setiap orang pun berbeza. Bunga bunga pun banyak jenis. Makanan yang sedap pun bukan satu. Jadi silalah tak puas hati terhadap kawan kawan yang ego. Erk, gurau gurau. Kenapa perbezaan pendapat itu perlu? Masing masing pun boleh beri point kan. Tapi ini blog aku, so kena lah korang baca jugak. Muahaha. Ok, on to the first point.
 
  Bosan lah dunia kalau semua terbentuk dari satu cop.

   Cuba korang bayangkan, semua orang hidup style yang sama macam korang, suka benda yang sama, fikir benda yang sama, makanan peberet pun sama. Ambil periksa pun, sorang sahaje pergi ambil. Sebab, kalau ramai ramai ambil pun markah semua SAMA. Kalau macam itu, tak perlulah manusia berkenalan sesama sendiri. Sebab tak ada benda yang interesting. Apa apa benda pun tak akan berkembang. Cuba bayangkan, semua restoran kat dunia ni restoran KFC. Ataupun McD. Ataupun semua sekali kedai mamak. Kan tak best tu. Taste rancangan tv korang pun berlainan dengan parents korang kan. Betul tak? Senang cerita, tak berkembang lah dunia ini kalau semua orang berfikiran sama. Perbezaan pendapat yang buat korang kadang kadang bergaduh itu la yang membuat dunia ini berkembang. Apa lagi, selalu lah bergaduh. Hilang suara sebab menjerit atau hilang nyawa, tak tanggung eh. Haha.

  Ego dan bongkak lah semua orang nanti
  
  
  Kalau korang tengok point ni, die sebenarnya banyak berlaku depan mata korang. Kalau lah seseorang itu tak belajar untuk terima pendapat orang lain dan hanya menerima pendapat diri sendiri, orang itu biasanya ego. Dia akan rasa diri dia betul Padahal pendapat bukan berkaitan salah dan betul. Pendapat setiap orang memang berbeza. Nak tengok orang ego? Lihat sekeliling. Lebih lebih lagi orang yang famous. Disebabkan dia famous, orang selalu mengiyakan apa yang dia cakap, samada mengampu ataupun memang kadang kadang kurang berfikir. Orang yang famous itu pun lama lama menjadi semakin ego. Dia rasa dia terhebat. Bajet pandai lah katakan, padahal SPM pun terkial kial.

Perkembangan ilmu

  Sebenarnya, point ni memang ada bersangkut paut dengan point first aku tadi. Cuba bayangkan kalau pendapat ahli falsafah Greek( eh, ke Yunani??) tentang ilmu diguna pakai sehingga sekarang. Tak mundur ke dunia sekarang ni. Disebabkan ada orang yang berfikiran berlainan lah ilmu dan theory theory berkembang. Ilmu sentiasa bertambah, disebabkan perbezaan pendapat, dan ketidaksetujuan. Memang lawak kalau nak dibayangkan ilmu diterima bulat bulat. Well, cara untuk menyelesaikan satu soalan matematik pun banyak kan, dan korang ada cara yang rasa sesuai dengan diri masing masing. Jadi memang tak boleh lah korang hanya berpegang kepada sesuatu pemikiran, dan tidak ingin sekurang kurangnya mendengar pendapat orang lain.

    Dah penat bercakap, jom buat penutup karangan.
 
Kalau kita tengokkan, perbezaan cara dan pendapat itu memang dah wujud. Yang jadi susah adalah apabila masing masing tak tahu macam mana nak menghormati pendapat orang lain. Inilah yang aku nak mencelah ni. Bagi aku, terimalah orang lain kerana perbezaan pendapat mereka. Tak semestinya kita kena mengikut dia ataupun sebaliknya. Jangan rasa tak sebulu dengan dia. Orang kate, tak ngam. Aku kate, tak fit. Haha. Kalau nak senang berkawan, banyakkan tengok persamaan yang korang ada. Selain itu, try letak diri korang dalam perspektif orang lain. Belajar cara pemikiran dia. Appreciate each other boys and girls.

  Sekian, selimut dah menjemput. Nites. Sweet dreams.

ps: ni gambar tempat duduk aku time tengah tulis :)


Selesa yang bangat!



 

Friday 17 December 2010

Dota ke snow??

  Assalamualaikum...
Disebabkan semalam turun snow lebat sangat sangat, dan hari ini cuti, aku agak good mood. Tapi dah mule bosan :D. Mesti korang pernah rase kan perasaan bosan bile cuti. Habes semua aktiviti dibuat. Tengok tv,tengok movie best best, keluar dengan kawan, tengok wayang, makan, termenung, maen game dan macam macam lagi. Mungkin ade yang kalu bosan die buat bende pelik pelik macam korek idung sampai kembang(yeww!!), cakap sorang sorang takpun senyum sorang sorang. Tu dah nak gila tau!!

  Bercakap pasal maen game time bosan, aku teringat time aku pemain tegar DotA dulu dulu. Dah lame tak maen, sejak sampai sini 3 bulan lepas. Sebelum fly, hari hari maen at least 5 jam. Dan aku amek serious bende ni dulu. Memang nak menang sahaje kerja. Dan memang selalu menang pun. Aahahha. Dulu siap tengok replay team top top maen .. And then belaja tactic diorang.. Haha.. Semangat kan??

Dulu siap ade clan lagi.  Haha.. Best lawan dengan team team laen. Kalau maen pub games pulak(casual games untuk suka suka), aku suka cakap "solo mid". Favourite hero aku SF.. Shadow Fiend.. Ni ha Shadow Fiend;

Ni pulak game aku tengah maen hero shadow fiend ni.. Mase ni budak FET program aku lawan budak budak MSI.. Menang beb :P
uLTRA kilL!!



  Mesti korang yang tak pernah maen game ni tertanye tanye ape bestnye DotA ni kan. Sebenarnye banyak sebab bende ni best. Salah satunye dapat maen dengan kawan kawan. Boleh main ramai ramai. Seronok dapat maen ramai ramai. Ade understanding, nak teamwork senang. Time tengah maen pun boleh chat.

  Salah satu sebab lagi kenape game ni best adalah unlimited room for improvement. Kau akan rase nak maen sampai betul betul pandai. Percayelah kalau time World DotA Championship dekat China hari itu, standard of play dia sangat tinggi. Lepas itu, kalau dah agak pandai maen, memang rase sedap rasa kemenangan. Lagi lagi kalau main dekat cc. Habes keluar cc pun masih borak pasal game tak habes habes lagi.

  Banyak lagi sebab game ini best.Satu benda yang aku rasa special adalah game ini banyak benda nak tactic nak dicuba. Hero Dota pun dah jejak 100 kot. Yang SF ni baru satu sahaja. Memang game ini agak unique dan membuat orang berfikir secara kreatif.

  Banyaknya merapu! Hahaha. Nasihat aku, kalau nak maen DotA ni, pastikan korang pandai membahagi masa. Sebab game ni memang addictive. Baik tak payah main. Aku dah bersara. Tak tahulah mungkin nanti lambat laun rasa nak maen balik.



ENOUGH OF DotA!!
baek aku merapu pasal snow kan..

  Sebenarnya tadi baru lepas main snow. Dah start cuti kan, jadi kenalah berseronok. Ataupun ronok ronok. apekah??

  Snow turun lebat dah sekarang. Orang Belfast kata paling lebat dalam beberapa tahun. Tebal sampai lebih buku lali aku . Memang sedap kalau baling dekat kawan. Kalau yang kejam, kepal keras keras baling kuat kuat. Aku baru kena tadi. Hahaha.
   Last but not least, tadi aku baring dalam snow. Haha.
Maen sledge~
takut die aku tarik laju!

  Assalamualaikum. Ciao!