Wednesday 22 December 2010

Try, control mimpi kamu..

  Hari ini aku bangun agak lambat. Yang menjadi persoalan, bukan time aku bangun itu. Tetapi aku baru tersedar dari mimpi dalam mimpi. Mimpi aku yang pertama, aku tengah berlumba berenang dengan kawan kawan di sebuah swimming pool entah mana. Yang peliknya aku swim cepat sangat. Kawan aku yang tidak berenang tapi mencatat masa kata timing aku dah nak dekat rekod dunia. Ah mengarut. Time tu aku sedar aku tengah bermimpi. So aku cuba sedaya upaya lah nak bangun. Berjaya! Akan tetapi rupanya aku berada dalam satu lagi mimpi. Kalau tak silap, tengah berjalan dengan keluarga. Mimpi itu jadi pelik time kitorang jumpa hantu. Nak baca ayat macam tak terkeluar dari mulut. Lepas itu tersedar. Kali ini betul betul. Sebab berada di atas katil, tengok luar pun ada snow. Haha.



  Cukupkah sekadar mimpi menjadi bahan untuk mula tulis sesuatu topik. Tidak bagi aku. Sebenarnya aku hampir lupa mimpi aku pagi tadi. Baru beberapa jam lepas, hati aku tergerak untuk tengok Inception. Orang kata cerita ini best tapi aku tak tahu summary dia pun. Rupanya berkenaan mimpi jugak. Lepas habis tengok cerita, aku jadi bingung sebentar. Macam banyak sangat kebetulan. Aku pun apa lagi mula lah nak buat research pasal mimpi. Ingatkan bahan yang dijumpai simple, tapi banyak sangat benda yang interesting. Ini yang membuatkan aku nak share dengan korang. Baca entri ini, dan last sekali nanti ada soalan. Hehe. 

  Haish kasi lah makna mimpi dulu

  Jadi, apa itu mimpi? Dreams ini biasa ditafsirkan sebagai siri siri gambaran, bunyi, rasa dan emosi ketika tidur. Dalam sains, kajian mimpi ini orang panggil oneirology tahu. Tujuan mimpi masih belum diketahui. Aku rasa sampai kiamat pun kita tak akan tau kan. Dan mimpi yang kita dapat ingat berlaku ketika kita melalui fasa REM( Rapid Eye Movements) ketika tidur. Ini bermakna, mata kita bergerak sangat laju, walaupun kelopak mata ditutup.
      
  Hipotesis


  Disebabkan tujuan mimpi ini masih tidak diketahui, banyak hipotesis tentang mimpi yang keluar. Hipotesis yang dibuat memang interesting. Aku rasa tujuan mimpi merupakan gabungan hipotesis yang ada. Antara hipotesis yang menjelaskan tujuan mimpi adalah ia adalah cara otak untuk membuang informasi yang tak berguna di siang hari. Ada juga yang mengatakan mimpi menguatkan memori. Ada yang kata mimpi menyedarkan kita tentang keputusan yang kita akan buat kelak. Ada yang kata mimpi ini menolong kita membuat connection antara fikiran fikiran yang kita lalui pada masa siang hari, dan mungkin time tengah mimpi dapat menyelesaikan masalah yang ada di real life. Mimpi pun kadangkala boleh disebabkan kejadian traumatik. Boleh tak aku nak setuju dengan semua teori yang ada? Haha. Sebab best sangat.

  Ada pulak satu researcher yang rajin ini kan, dia boleh buat koleksi tentang mimpi orang lain. Nama dia Calvin S. Hall. Weh, penatlah orang lain nak kena cerita mimpi masing masing dekat kau. Itupun kalau ingat. Erk. Ok takpe. Jom kita tengok konklusi yang dia buat dari data yang dia kutip from lebih kurang 50 000 mimpi. Yes thats right, memang tidak ada kerja. Dia kata mimpi ini biasanya memasukkan kejadian yang berlaku mungkin sehari atau selang beberapa hari sebelum mimpi. Dan biasanya lebih banyak mimpi yang membawa negatif emotions. Kira memang rare lah untuk korang dapat mimpi seronok ronok.
 
Ini mimpi yang cantiks!
  Jenis Mimpi

  Mimpi ini ada dua jenis tahu. Satu, mimpi yang korang tak sedar korang bermimpi. Rasa macam benda itu memang real. Ini jenis yang paling biasa. Kita alami selalu. Yang kedua, mimpi yang korang sedar itu adalah mimpi. Ini di'term'kan sebagai lucid dreams. Maknanya orang yang mimpi itu tahu dia bermimpi. Mimpi jenis inilah yang berharga dan membuat aku curious.

 
   Sebab apa curious dengan mimpi macam ini. Sebab aku pernah mengalaminya. Dalam tengah mimpi, aku sedar aku sedang berada di alam khayalan. Yang bestnya, bila kau dah sedar, kau boleh kawal mimpi itu. Aku ingat lagi, aku terjun bangunan dan boleh float. Macam terbang tapi takde sayap. Dan tak laju macam superman. Tak best. Aku hanya floating dan berenang. Sangat best. Boleh pergi mana mana. Sayangya mimpi tak lama. Memang impossible untuk mimpi lebih lama dari 20 minit, mengikut kata researchers. Tetapi tak apalah. Aku puas time itu. Kalau korang sedar korang bermimpi, jangan lah takut. Try kawal mimpi korang, dan bukan nak terus tersedar. Buat apa apa yang korang mahu. Benda yang impossible dalam real life. Yang lelaki jangan fikir yang nakal nakal ok. Hehe. Cuba time nak tidur, latih diri korang untuk ingat kena kawal mimpi. Kalau dapat, best. Aku jarang dapat mimpi best best.

Terbang, kamu boleh :)

    Ada yang bila mimpi, korang akan tersedar dan ingat dah bangun betul betul kan. Sebenarnya itu mimpi. Kali kedua terbangun baru tersedar betul betul. Kira mimpi dalam mimpilah. Mungkin idea cerita Inception dia ambil dari sini. Benda ini memang wujud dalam real life. Ia dipanggil false awakening. Well sekali lagi aku tidak keseorangan. Haha.
  
   Cara Test Mimpi atau Betul

Bajet pandai lah!

   Kalau korang nak tahu, saintis dah pun gariskan cara sama ada nak tahu anda sedang bermimpi atau sedar. Ada yang kata boleh cubit diri sendiri. Namun ade saintis yang tak setuju dalam perkara ini sebab dalam mimpi pun kita boleh rasa sakit. Ada cara lain. cuba baca text dalam telefon atau buku atau signboard. Mungkin akan nampak pelik atau blur. Ni perkara betul. Sebab aku penah mimpi nak baca buku. Tapi tak boleh baca. Time itu aku tak tersedar aku sedang mimpi, sebab aku memang rabun dan pakai contact lens. Jadi, ingatkan terlupa pakai contacts time tu! Lol. Cara lain untuk tahu samada kita sedang bermimpi, adalah dengan melihat paras tingkat bangunan atau cermin. Akan ada benda yang tidak logik. Tengok cermin aku tak cadangkan sebab saintis kata kadangkala imej dia menakutkan. Well, selamat beruji kaji semasa tidur. Hehe.
    
Penutup perbicaraan
    
   
   Anda dah rasa mimpi ini sebagai subjek yang best kan. Aku tahu. Haha.Konklusi korang boleh buat sendiri. Otak aku dah stuck. Cuma nak bertanya sedikit soalan kepada adik adik, kakak kakak dan abang di luar sana.
    
   Pernah tak korang sedar bahawa korang sedang bermimpi? Jika ya, apa yang awak buat time itu?

  Apa mimpi yang paling best korang pernah alami?
  Korang selalu tak ingat mimpi korang?

  Mimpi selalunya efek tak hari anda selepas terjaga itu?

  Owh sorry.. Banyak sungguh soalan kan. Jawab lah yang mana nak. Jawab panjang ataupun pendek pun tidak ape. Tak nak jawab pun boleh. Tapi nanti tuan blog sedih lah. Haha. 
  Sekian, signing off dari alam mimpi. 

7 comments:

  1. saya mimpi saya bawak honda civic jalan2 dengan aweks2...tp bila bgun, tengok luar perrary tetap perrary tak transform jd civic pown...;((

    ReplyDelete
  2. hahaha.. mimpi stay dalam mimpi jek lah.. anyway try my tips tu.. remember, control ur dreams.. sebab mimpi memang otak kita yang kawal sebenarnye.. takde anasir luar..

    ReplyDelete
  3. kenapa L ? heee. mimpi yang seakan realiti best. kadang2 benda tu boleh jadi dejavu.

    ReplyDelete
  4. hahaha adekah itu glee?

    oh mimpi tengah fly dengan katil,tetiba zapp! katil ilang,.haha tergapai-gapai den tersedar atas katil jugak.ni plg common,huh scary.kdg2 dlm lec hall pun smpt mmpi cmni.haha

    yg ni je plg igt.yg lain mmg shortly after awaken tu mmg da lupe da.except nitemares,yeah dat stays bit longer

    ReplyDelete
  5. wahh. mimpi berenanggg! syioookk tol!yeh! dah pena ade 2 2 jenis mimpi tu. best kalo mimpi merapekkk. lawak je

    ReplyDelete
  6. kenape L? sebab aku tktau simbol ape nak buat.. haha..
    owh aku pernah mimpi macam terjatuh dari kerusi atau bangunan.. mcam ade orang tarik kerusi tu.. so memang rase nak jatuh la.. pastu terus sedar.. haha.. padahal tak jatuh katil pun..

    ReplyDelete
  7. sca: aku pun penah ade dejavu.. byk kali..

    ReplyDelete