Wednesday 22 December 2010

Sayonara~

aku snap dari tingkap accommodation hall aku

  Im heading off for Dublin and mainland for my winter travel.. So blog ini tak akan ku update sehingga habis travel. Sorry semua. Thank you so much sebab baca blog ini. By new year I should be here again. Drop ur comments. I would appreciate it.

Jaa ne~

Matta~

See You In 2011 :)

Try, control mimpi kamu..

  Hari ini aku bangun agak lambat. Yang menjadi persoalan, bukan time aku bangun itu. Tetapi aku baru tersedar dari mimpi dalam mimpi. Mimpi aku yang pertama, aku tengah berlumba berenang dengan kawan kawan di sebuah swimming pool entah mana. Yang peliknya aku swim cepat sangat. Kawan aku yang tidak berenang tapi mencatat masa kata timing aku dah nak dekat rekod dunia. Ah mengarut. Time tu aku sedar aku tengah bermimpi. So aku cuba sedaya upaya lah nak bangun. Berjaya! Akan tetapi rupanya aku berada dalam satu lagi mimpi. Kalau tak silap, tengah berjalan dengan keluarga. Mimpi itu jadi pelik time kitorang jumpa hantu. Nak baca ayat macam tak terkeluar dari mulut. Lepas itu tersedar. Kali ini betul betul. Sebab berada di atas katil, tengok luar pun ada snow. Haha.



  Cukupkah sekadar mimpi menjadi bahan untuk mula tulis sesuatu topik. Tidak bagi aku. Sebenarnya aku hampir lupa mimpi aku pagi tadi. Baru beberapa jam lepas, hati aku tergerak untuk tengok Inception. Orang kata cerita ini best tapi aku tak tahu summary dia pun. Rupanya berkenaan mimpi jugak. Lepas habis tengok cerita, aku jadi bingung sebentar. Macam banyak sangat kebetulan. Aku pun apa lagi mula lah nak buat research pasal mimpi. Ingatkan bahan yang dijumpai simple, tapi banyak sangat benda yang interesting. Ini yang membuatkan aku nak share dengan korang. Baca entri ini, dan last sekali nanti ada soalan. Hehe. 

  Haish kasi lah makna mimpi dulu

  Jadi, apa itu mimpi? Dreams ini biasa ditafsirkan sebagai siri siri gambaran, bunyi, rasa dan emosi ketika tidur. Dalam sains, kajian mimpi ini orang panggil oneirology tahu. Tujuan mimpi masih belum diketahui. Aku rasa sampai kiamat pun kita tak akan tau kan. Dan mimpi yang kita dapat ingat berlaku ketika kita melalui fasa REM( Rapid Eye Movements) ketika tidur. Ini bermakna, mata kita bergerak sangat laju, walaupun kelopak mata ditutup.
      
  Hipotesis


  Disebabkan tujuan mimpi ini masih tidak diketahui, banyak hipotesis tentang mimpi yang keluar. Hipotesis yang dibuat memang interesting. Aku rasa tujuan mimpi merupakan gabungan hipotesis yang ada. Antara hipotesis yang menjelaskan tujuan mimpi adalah ia adalah cara otak untuk membuang informasi yang tak berguna di siang hari. Ada juga yang mengatakan mimpi menguatkan memori. Ada yang kata mimpi menyedarkan kita tentang keputusan yang kita akan buat kelak. Ada yang kata mimpi ini menolong kita membuat connection antara fikiran fikiran yang kita lalui pada masa siang hari, dan mungkin time tengah mimpi dapat menyelesaikan masalah yang ada di real life. Mimpi pun kadangkala boleh disebabkan kejadian traumatik. Boleh tak aku nak setuju dengan semua teori yang ada? Haha. Sebab best sangat.

  Ada pulak satu researcher yang rajin ini kan, dia boleh buat koleksi tentang mimpi orang lain. Nama dia Calvin S. Hall. Weh, penatlah orang lain nak kena cerita mimpi masing masing dekat kau. Itupun kalau ingat. Erk. Ok takpe. Jom kita tengok konklusi yang dia buat dari data yang dia kutip from lebih kurang 50 000 mimpi. Yes thats right, memang tidak ada kerja. Dia kata mimpi ini biasanya memasukkan kejadian yang berlaku mungkin sehari atau selang beberapa hari sebelum mimpi. Dan biasanya lebih banyak mimpi yang membawa negatif emotions. Kira memang rare lah untuk korang dapat mimpi seronok ronok.
 
Ini mimpi yang cantiks!
  Jenis Mimpi

  Mimpi ini ada dua jenis tahu. Satu, mimpi yang korang tak sedar korang bermimpi. Rasa macam benda itu memang real. Ini jenis yang paling biasa. Kita alami selalu. Yang kedua, mimpi yang korang sedar itu adalah mimpi. Ini di'term'kan sebagai lucid dreams. Maknanya orang yang mimpi itu tahu dia bermimpi. Mimpi jenis inilah yang berharga dan membuat aku curious.

 
   Sebab apa curious dengan mimpi macam ini. Sebab aku pernah mengalaminya. Dalam tengah mimpi, aku sedar aku sedang berada di alam khayalan. Yang bestnya, bila kau dah sedar, kau boleh kawal mimpi itu. Aku ingat lagi, aku terjun bangunan dan boleh float. Macam terbang tapi takde sayap. Dan tak laju macam superman. Tak best. Aku hanya floating dan berenang. Sangat best. Boleh pergi mana mana. Sayangya mimpi tak lama. Memang impossible untuk mimpi lebih lama dari 20 minit, mengikut kata researchers. Tetapi tak apalah. Aku puas time itu. Kalau korang sedar korang bermimpi, jangan lah takut. Try kawal mimpi korang, dan bukan nak terus tersedar. Buat apa apa yang korang mahu. Benda yang impossible dalam real life. Yang lelaki jangan fikir yang nakal nakal ok. Hehe. Cuba time nak tidur, latih diri korang untuk ingat kena kawal mimpi. Kalau dapat, best. Aku jarang dapat mimpi best best.

Terbang, kamu boleh :)

    Ada yang bila mimpi, korang akan tersedar dan ingat dah bangun betul betul kan. Sebenarnya itu mimpi. Kali kedua terbangun baru tersedar betul betul. Kira mimpi dalam mimpilah. Mungkin idea cerita Inception dia ambil dari sini. Benda ini memang wujud dalam real life. Ia dipanggil false awakening. Well sekali lagi aku tidak keseorangan. Haha.
  
   Cara Test Mimpi atau Betul

Bajet pandai lah!

   Kalau korang nak tahu, saintis dah pun gariskan cara sama ada nak tahu anda sedang bermimpi atau sedar. Ada yang kata boleh cubit diri sendiri. Namun ade saintis yang tak setuju dalam perkara ini sebab dalam mimpi pun kita boleh rasa sakit. Ada cara lain. cuba baca text dalam telefon atau buku atau signboard. Mungkin akan nampak pelik atau blur. Ni perkara betul. Sebab aku penah mimpi nak baca buku. Tapi tak boleh baca. Time itu aku tak tersedar aku sedang mimpi, sebab aku memang rabun dan pakai contact lens. Jadi, ingatkan terlupa pakai contacts time tu! Lol. Cara lain untuk tahu samada kita sedang bermimpi, adalah dengan melihat paras tingkat bangunan atau cermin. Akan ada benda yang tidak logik. Tengok cermin aku tak cadangkan sebab saintis kata kadangkala imej dia menakutkan. Well, selamat beruji kaji semasa tidur. Hehe.
    
Penutup perbicaraan
    
   
   Anda dah rasa mimpi ini sebagai subjek yang best kan. Aku tahu. Haha.Konklusi korang boleh buat sendiri. Otak aku dah stuck. Cuma nak bertanya sedikit soalan kepada adik adik, kakak kakak dan abang di luar sana.
    
   Pernah tak korang sedar bahawa korang sedang bermimpi? Jika ya, apa yang awak buat time itu?

  Apa mimpi yang paling best korang pernah alami?
  Korang selalu tak ingat mimpi korang?

  Mimpi selalunya efek tak hari anda selepas terjaga itu?

  Owh sorry.. Banyak sungguh soalan kan. Jawab lah yang mana nak. Jawab panjang ataupun pendek pun tidak ape. Tak nak jawab pun boleh. Tapi nanti tuan blog sedih lah. Haha. 
  Sekian, signing off dari alam mimpi. 

Monday 20 December 2010

Itu Opinion you, Opinion I Laen..

   Idea untuk tulis entri yang gedik tajuknya ni dah lama ada dalam kepala otak aku. Cuma point mungkin kurang kuat. Lagipun. aku sebenarnya nak buat entri lain. Tetapi entri ini tiba tiba memotong line.Pergh! Tak ikut undang undang betul. Idea dalam fikiran mencurah curah. Mungkin sebab tengah duduk sebelah api dekat fire place. Nikmat betul lah dapat kepanasan time winter yang sejuk ini. Mari tengok sikit gambar.
Lets get comfy boys and girls!




  Ok ok, janji akan berhenti merapu pasal api. Sebab topik ni pasal perbezaan pendapat. So, on to the next paragraph.


   Sebagai permulaan kan,aku rasa topic ini agak menarik. Lebih lebih lagi untuk orang sekarang yang rata rata rasa pandai berdebat. Lagipun, nak pertahankan ego. Betul tak?? Hehe.. Bagi yang kurang minat untuk bertekak atau bersuare pun, tipu kalau tak pernah mengalami benda ini kan. Mesti korang pernah berbeza pendapat dengan kengkawan kan. Paling simple pun, nak makan tempat lain lain time keluar bersama. Takpun, taknak tengok movie yang sama. Yang nak jaga hati kawan biasa akan mengalah. Yang menang ini pulak, biasa yang reti mempengaruhi fikiran orang, ataupun yang kuat merajuk. Kalau lelaki, yang gedik terlebih lah, simple. Mesti korang pernah terasa hati dengan kawan kawan pasal benda benda macam ni kan. Geram? Relaks. Tarik nafas dalam dalam. Hehe. So, jom kita belajar sikit sikit tentang perbezaan pendapat.


  Kalau korang belek kamus mana mana ataupun cari dekat internet bagi sesiapa yang memang tak boleh tinggal facebook kejap untuk bace buku, definition pendapat memang lebih kurang sama. Maksud pendapat secara general adalah interpretasi subjektif terhadap sesuatu perkara, berdasarkan fakta fakta yang ada dan pemikiran masing masing. Satu benda yang sama pun boleh diinterpretasikan berdasarkan fikiran masing masing. Tak uniklah lah kan kalau korang semua fikir benda sama. Baik kawan dengan diri sendiri je.
Bercakap dengan diri sendiri nak tak?

    Sebelum kita adventure lebih jauh, aku nak cakap dulu. Ini bukan entri yang menyokong benda salah, especially yang terang lagi bersuluh salah.Aku lebih minat merapu pasal pendapat, dan bukan betul dan salah. Pahala tetap pahal dan dosa tetap dosa. Perbezaan pendapat pun bukan boleh diamalkan dalam semua perkara. Jangan main hentam yek.

  Perbezaan pendapat, ataupun segala perbezaan adalah normal. So, rest assured, korang tak gila. Haha.  Variation itu perkara fitrah, sedangkan genetic setiap orang pun berbeza. Bunga bunga pun banyak jenis. Makanan yang sedap pun bukan satu. Jadi silalah tak puas hati terhadap kawan kawan yang ego. Erk, gurau gurau. Kenapa perbezaan pendapat itu perlu? Masing masing pun boleh beri point kan. Tapi ini blog aku, so kena lah korang baca jugak. Muahaha. Ok, on to the first point.
 
  Bosan lah dunia kalau semua terbentuk dari satu cop.

   Cuba korang bayangkan, semua orang hidup style yang sama macam korang, suka benda yang sama, fikir benda yang sama, makanan peberet pun sama. Ambil periksa pun, sorang sahaje pergi ambil. Sebab, kalau ramai ramai ambil pun markah semua SAMA. Kalau macam itu, tak perlulah manusia berkenalan sesama sendiri. Sebab tak ada benda yang interesting. Apa apa benda pun tak akan berkembang. Cuba bayangkan, semua restoran kat dunia ni restoran KFC. Ataupun McD. Ataupun semua sekali kedai mamak. Kan tak best tu. Taste rancangan tv korang pun berlainan dengan parents korang kan. Betul tak? Senang cerita, tak berkembang lah dunia ini kalau semua orang berfikiran sama. Perbezaan pendapat yang buat korang kadang kadang bergaduh itu la yang membuat dunia ini berkembang. Apa lagi, selalu lah bergaduh. Hilang suara sebab menjerit atau hilang nyawa, tak tanggung eh. Haha.

  Ego dan bongkak lah semua orang nanti
  
  
  Kalau korang tengok point ni, die sebenarnya banyak berlaku depan mata korang. Kalau lah seseorang itu tak belajar untuk terima pendapat orang lain dan hanya menerima pendapat diri sendiri, orang itu biasanya ego. Dia akan rasa diri dia betul Padahal pendapat bukan berkaitan salah dan betul. Pendapat setiap orang memang berbeza. Nak tengok orang ego? Lihat sekeliling. Lebih lebih lagi orang yang famous. Disebabkan dia famous, orang selalu mengiyakan apa yang dia cakap, samada mengampu ataupun memang kadang kadang kurang berfikir. Orang yang famous itu pun lama lama menjadi semakin ego. Dia rasa dia terhebat. Bajet pandai lah katakan, padahal SPM pun terkial kial.

Perkembangan ilmu

  Sebenarnya, point ni memang ada bersangkut paut dengan point first aku tadi. Cuba bayangkan kalau pendapat ahli falsafah Greek( eh, ke Yunani??) tentang ilmu diguna pakai sehingga sekarang. Tak mundur ke dunia sekarang ni. Disebabkan ada orang yang berfikiran berlainan lah ilmu dan theory theory berkembang. Ilmu sentiasa bertambah, disebabkan perbezaan pendapat, dan ketidaksetujuan. Memang lawak kalau nak dibayangkan ilmu diterima bulat bulat. Well, cara untuk menyelesaikan satu soalan matematik pun banyak kan, dan korang ada cara yang rasa sesuai dengan diri masing masing. Jadi memang tak boleh lah korang hanya berpegang kepada sesuatu pemikiran, dan tidak ingin sekurang kurangnya mendengar pendapat orang lain.

    Dah penat bercakap, jom buat penutup karangan.
 
Kalau kita tengokkan, perbezaan cara dan pendapat itu memang dah wujud. Yang jadi susah adalah apabila masing masing tak tahu macam mana nak menghormati pendapat orang lain. Inilah yang aku nak mencelah ni. Bagi aku, terimalah orang lain kerana perbezaan pendapat mereka. Tak semestinya kita kena mengikut dia ataupun sebaliknya. Jangan rasa tak sebulu dengan dia. Orang kate, tak ngam. Aku kate, tak fit. Haha. Kalau nak senang berkawan, banyakkan tengok persamaan yang korang ada. Selain itu, try letak diri korang dalam perspektif orang lain. Belajar cara pemikiran dia. Appreciate each other boys and girls.

  Sekian, selimut dah menjemput. Nites. Sweet dreams.

ps: ni gambar tempat duduk aku time tengah tulis :)


Selesa yang bangat!



 

Friday 17 December 2010

Dota ke snow??

  Assalamualaikum...
Disebabkan semalam turun snow lebat sangat sangat, dan hari ini cuti, aku agak good mood. Tapi dah mule bosan :D. Mesti korang pernah rase kan perasaan bosan bile cuti. Habes semua aktiviti dibuat. Tengok tv,tengok movie best best, keluar dengan kawan, tengok wayang, makan, termenung, maen game dan macam macam lagi. Mungkin ade yang kalu bosan die buat bende pelik pelik macam korek idung sampai kembang(yeww!!), cakap sorang sorang takpun senyum sorang sorang. Tu dah nak gila tau!!

  Bercakap pasal maen game time bosan, aku teringat time aku pemain tegar DotA dulu dulu. Dah lame tak maen, sejak sampai sini 3 bulan lepas. Sebelum fly, hari hari maen at least 5 jam. Dan aku amek serious bende ni dulu. Memang nak menang sahaje kerja. Dan memang selalu menang pun. Aahahha. Dulu siap tengok replay team top top maen .. And then belaja tactic diorang.. Haha.. Semangat kan??

Dulu siap ade clan lagi.  Haha.. Best lawan dengan team team laen. Kalau maen pub games pulak(casual games untuk suka suka), aku suka cakap "solo mid". Favourite hero aku SF.. Shadow Fiend.. Ni ha Shadow Fiend;

Ni pulak game aku tengah maen hero shadow fiend ni.. Mase ni budak FET program aku lawan budak budak MSI.. Menang beb :P
uLTRA kilL!!



  Mesti korang yang tak pernah maen game ni tertanye tanye ape bestnye DotA ni kan. Sebenarnye banyak sebab bende ni best. Salah satunye dapat maen dengan kawan kawan. Boleh main ramai ramai. Seronok dapat maen ramai ramai. Ade understanding, nak teamwork senang. Time tengah maen pun boleh chat.

  Salah satu sebab lagi kenape game ni best adalah unlimited room for improvement. Kau akan rase nak maen sampai betul betul pandai. Percayelah kalau time World DotA Championship dekat China hari itu, standard of play dia sangat tinggi. Lepas itu, kalau dah agak pandai maen, memang rase sedap rasa kemenangan. Lagi lagi kalau main dekat cc. Habes keluar cc pun masih borak pasal game tak habes habes lagi.

  Banyak lagi sebab game ini best.Satu benda yang aku rasa special adalah game ini banyak benda nak tactic nak dicuba. Hero Dota pun dah jejak 100 kot. Yang SF ni baru satu sahaja. Memang game ini agak unique dan membuat orang berfikir secara kreatif.

  Banyaknya merapu! Hahaha. Nasihat aku, kalau nak maen DotA ni, pastikan korang pandai membahagi masa. Sebab game ni memang addictive. Baik tak payah main. Aku dah bersara. Tak tahulah mungkin nanti lambat laun rasa nak maen balik.



ENOUGH OF DotA!!
baek aku merapu pasal snow kan..

  Sebenarnya tadi baru lepas main snow. Dah start cuti kan, jadi kenalah berseronok. Ataupun ronok ronok. apekah??

  Snow turun lebat dah sekarang. Orang Belfast kata paling lebat dalam beberapa tahun. Tebal sampai lebih buku lali aku . Memang sedap kalau baling dekat kawan. Kalau yang kejam, kepal keras keras baling kuat kuat. Aku baru kena tadi. Hahaha.
   Last but not least, tadi aku baring dalam snow. Haha.
Maen sledge~
takut die aku tarik laju!

  Assalamualaikum. Ciao!

Thursday 16 December 2010

Bile cuti kerane snow menghampiri..

 Baru sahaja tiba bilik.. Penat..  Naseb dapat tengok snow turun time naek bas dari City..Sebab tadi ada exam manufacturing dari pukul 2 sampai 5.. Padahal exam lain semua lepas winter break.. And malam ni kene all night stay up.. Design tak siap lagi.. Nak anta esok..

 Ok.. Lets ignore the asignment shall we?? :).. Baik tulis blog sambil minum Twix chocolate shake!


Secare officialnye, selepas kelas maths habes pukul 4 jumaat esok, cuti winter break dah start .. Ade plan dah nak jalan jalan dengan senior.. Hehe.. Jom meredah snow jalan jalan tengok bumi Tuhan..

  First official event selepas cuti; Night out. Malaysian students nak keluar ramai-ramai makan sushi dekat Sakura pukul 530 esok.. Kedai yang agak popular di sini. Lepas itu diorang nak pegi maen bowling.. Aku nak balik bilik tengok movie sampai gile.. Haha.. Dah lame tanggung stress sebab assignments ni..


Pade 22 hb pulak( Rabu eh??), senior, kawan kawan dan aku sekali akan bertolak dari Belfast yang tercinta pergi Dublin.. Program dah rancang awal awal dah.. Hehe.. Pastu jalan jalan tempat laen pulak..
   
 Hmm.. cita cita nak jalan akan tercapai dah.. Bile lah pulak nak curi masa pergi maen ice skating, ski dengan snowboard??

  Hari ni mood agak baik.. Haha.. Maklumlah mood cuti.. Siapa tak suka cuti kan??

  Bye :).. Assalamualaikum..
sluurrrrpp!!!!! Bestnye milkshake~

Sunday 12 December 2010

Kenape kena pileh pileh?


 Assalamualaikum dan selamat malam (mengikut waktu Belfast). Kalau korang semua tengok gambar di atas, 
apa yang korang akan fikir? Penipu? Pembelot? Pembunuh? Mesti segala gala macam pe_ lagi kan. Yang sebenarnya, aku nak korang fikir perkataan PEMIMPIN.

 Tertanya tanya kenapa topik pemimpin? Sebab pada pandangan aku, banyak benda mesti dibetulkan dengan kepimpinan di dunia ini. Kalau tengok balik 40 hingga 50 tahun yang lampau, pemimpin-pemimpin yang kita ada memang bertujuan untuk memimpin bangsa.Masuk politik kerana ingin memimpin orang. Kesan pemerintahan mereka sampai sekarang kita rasa kan. Nama masing-masing pun disebut dalam sejarah. Cuba tengok pula pemimpin sekarang. Semakin ramai yang tamak. Tamakkan duit, tamakkan nama, tamakkan kuasa. Masing-masing bila berucap, tujuan ucapan banyak untuk menjaga kepentingan sendiri. Bila berparti, tujuan adalah untuk menang, dan kemudian senang lenang dengan habuan yang diperolehi. Parti A akan mengatakan apa sahaja yang dibuat pari B adalah salah, dan sebaliknya walaupun apa yang dibuat mungkin betul. Ia menjadi salah sebab dibuat oleh pihak musuh ketat.

  Selepas itu, kita pun disogokkan dengan manifesto parti masing-masing. Kedua-dua pihak seolah-olah berperang dalam menjatuhkan nama yang satu lagi. Macam-macam yang dijanjikan oleh parti yang menang. Kita sebagai rakyat pun terpengaruh dengan manifesto yang diberi. Akhirnya, kita akan mengundi berdasarkan PARTI, dan bukan PEMIMPIN. Kita tahu pemimpin mana yang lebih bagus, tapi bukan tentu dia yang akan kita undi. Hanya kerana disebabkan pemimpin itu berada dalam parti yang kita dah tanamkan dalam hati, sifat tak suka. Sampaikan, kadangkala kita boleh berbalah tentang kehebatan parti masing-masing, padahal kehebatan pemimpin itu adalah berdasarkan dirinya sendiri dan apa yang dibuat untuk negara, dan kehebatan pemimpin bukannya bergantung pada parti.

Jadi, apa sebenarnya yang aku nak cakap? Jawapan dia mudah. Bila kita sebagai rakyat diberikan peluang untuk mengundi, tolonglah fikir siapa yang akan kita undi. Bukan parti mana yang akan kita undi. Memang pahit untuk mengundi seseorang yang partinya tidak kita sokong, tetapi benda ini perlu untuk kebaikan bersama. Ingatlah, kesemua pemimpin yang baik bukan berada sekelompok dalam satu parti. Janganlah ditanam dalam diri kita sikap membenci parti, tapi biasakan diri untuk memilih yang betul, walaupun susah. Biarlah dewan parlimen itu dipenuhi pemimpin dari pelbagai parti sekalipun, tak akan menjadi masalah kalau pemimpin yang kita pilih itu memang tujuan dia jadi pemimpin, adalah untuk memimpin rakyat dan diri sendiri ke arah yang lebih baik.

  Kalau satu dewan itu dipenuhi pemimpin dari satu parti pun, akan membawa susah jugak nanti. Ini disebabkan suara parti lain tidak didengari. Kalau ini berlaku, lagi lah banyak penindasan, korupsi dan penipuan akan timbul. Sedangkan sekarang pun banyak rahsia-rahsia pemimpin telah bocor. Berlumba lumba pulak nak 'cover'. Sedangkan, kalau tidak ada salah yang dibuat, tidak perlu untuk merasa gelisah dan risau.

  Politik zaman sekarang boleh dikatakan sudah dicemari dengan fitnah dan penipuan. Masing-masing berebut untuk jadi pemimpin. Masing-masing fikir diri sudah layak memimpin,walaupun sembahyang belum tentu cukup. Sedangkan pada zaman dahulu kala, orang sangat takut untuk jadi pemimpin, kerana sedar tentang tanggungjawab yang akan dipersoalkan di akhirat kelak. Ada satu hadis yang berbunyi;
"Sesungguhnya kalian nanti akan sangat bercita-cita terhadap kepimpinan padahal kelak di hari kiamat ia akan menjadi penyesalan" (HR Al-Bukhari).
Fikirkan maksud hadis ni dalam-dalam, dan pastikan kita sebagai rakyat, undi pemimpin yang sepatutnya. Lupakan parti apa yang disertainya. Kepada yang bercita-cita jadi pemimpin, ubahkan niat asal tujuan untuk menjadi pemimpin.

  Sedar tak sekarang betapa besarnya tanggungjawab kita sebagai rakyat? Sebenarnya rakyat lah yang menentukan jatuh bangun sesuatu negara, dan bukan pemimpin. Dan ingat, pemimpin yang sebenar adalah yang sanggup menjadi hamba untuk rakyat dalam menjalankan tugasnya :)

Friday 3 December 2010

Update!! Snow dan api~

 Assalamualaikum.. lame rasenye tak update blog ni.. hehe
Belfast turun snow buat sesi kedue.. Time orang tengah serabut wat design dalam computer lab, tgok2 luar, ribut snow =='. Lawa...
  Cop! Dah lari dari topic.. Haha.. Sebenarnye nak post pasal ape bestnye belaja dekat UK ni..
Eerrrmmm.. Banyak jugak..
Yang paling best, lecturer memang dedicated.. Menepati mase, tak penah cancel class, lepas itu diorang ni memang akan sume orang yang tengah mendengar tu tak tahu ape ape, so akan explain secare detail.. Jadual diorang nak mengajar pun dah disusun rapi..Diorang helpful, akan tolong selagi yang boleh.. Yela Queen's University Belfast ni dah dibuka tahun 1849 lagi..<sejarah-marah> Jadi memang dah ade tapak yang kuat.. Tapi kene berhati hati siket, accent orang Belfast lagi pekat dari orang mainland (London, etc).. Tapi ok jek.. Lagipun lecturer lecturer aku banyak asal tempat laen..

Jadual dekat sini pun tak tight.. Tak rase sangat beban belajar.. Dan memang takde karut marut kelas ganti malam-malam.. Kalau student mechanical engineering( aku lah!), kelas dari kul 9- sampai 4.. Or dari kul 11.. Dan memang akan ade mase rehat in between.. Hari paling best, hari rabu.. Sebab, memang jadi tradition UK untuk kelas hari rabu ni die jadikan halfday.. Biase kul 12 dah abes.. paling lambat pukul 2.. Hehe.. Diorang buat macam ni sebab hari rabu ni hari untuk sukan, club activities dengan rehat2..  So kalau pergi Physical Education Center, memang ramai orang tengah maen sukan.. Dalam PEC ni ade rock climbing, cafe untuk rehat, squash, gym,badminton, ping pong, basketball, fencing, swimming, dance studio, futsal (indoor&outdoor), and tempat massage kalau injured.Owh, ade banyak changing room.. With lockers.. Best kan?? Anyway tempat ni open untuk public sekali.. Cume dorang kene bayar mahal.. PEC!
Satu lagi, dekat sini care pembelajaran bukan exam oriented sangat.. Assignment yang diberi pun memang mirip2 tugas engineer betul.. Ni sebenarnye tengah nak siapkan pipe flow system in building analysis..Hehe..
Exam tetap ade, dan yang paling best, sem ni kene amek 2 papers jek! Subject laen ade yang takde exam, or exam next sem..  Rasenye, next sem mesti ade banyak presentation.. Sebab sem ni tidak ade..
  Banyak lagi sebab sebab laen sebenarnye.. Contohnye student kat sini banyak privilege.. Ade certain2 tempat jual barang or tiket murah untk students.. Lepas tu environtment study sini sangat kondusif.. Library sangat besar dan maju dan lawa.. Last but not least, korang akan ade tutor dekat sini yang memang akan tolong korang all the way until you finish your study.. Diorang biasenye pangkat Dr, Prof.. Sampai resume untuk dapat kerje time abes belaja pun dorang titik beratkan.. Diorang akan tolong buat..
 Ok kot.. Sampai situ dulu.. Assignment sedang membukit bak snow yang turun.. Haha.. Ni ade gambar snow baru turun tadi dengan practical sand casting.. Sorry tak tersusun.. 
ps: esok ade snow war!!

  
 Lol.. I love Westilfe.. idea gile partner aku, name die steve..
Bubye!

Saturday 27 November 2010

Menghendap orang.. Tembel mate nanti..


Hello..  Ape khabar?? Hehe.. Ok jom stop merapu..Straight to the point..
Hari ini, tetibe ade aku terpiker nak tulis pasal stalk-mengstalk ni.. haha... Hot topic rite??  Biase la semue orang penah jadi stalker, walaupun hanye sedikit stalking yang dibuat..( Disclaimer: aku bukan stalker tegar; aku lebih rela di stalk orang.. haha)
  First, sejak bile agaknya benda ni wujud.. Well, sikap menjage tepi kain orang ni dah lame dah ade.. Haha..
Dari zaman datuk nenek lagi, orang dah pandai nak stalk.. Biase lah kalau dah cinta~.. ahem2.. Sorry terjiwang..
Cuma zaman sekarang, lagi senang nak stalk orang... Jasa Mark Zuckenberg, pencipta facebook.. Hehe.. 

   Ape bestnya stalking ni?? Haha yang itu aku tak boleh bagi jawapan concrete. Cuma boleh bagi pandangan sendiri.. Pertame sekali, mesti la best sebab dapat tahu info2 pasal orang yang kite stalk tu. Nak tanye sendiri, malukan?? :P.. 
   Kedue, mungkin stalking ini best sebab dapat rase thrill time tengah stalk orang.. Lagi2 kalau engkau jenis  yang stalk makwe orang pakai laptop, padahal balak die dekat sebelah engkau, tengah maen Dota.. Hehe..
Kalau kantoi, boleh jadi perang besar.. 
   Hmmmm, ade lagi ke bestnye stalk orang ni?? Owh ade kot!! Boleh la nanti pura-pura kebetulan ade minat yang same kan, nak cari topic nak borak-borak.. Padahal, dah stalk siap-siap dah :P..
   Aduh, agak pening sebenarnye nak piker ape kebaikan stalking ni. Sebab, tak banyak pun kebaikan die. Haa, kalau nak tambah, feel free..
   Jom kite tengok keburukan stalking pulak. Uish!! banyak kot.. Hehe..
    Satu, kite bolej jadi obses dengan orang tu.. Boleh jadi habit asek nak stalk die, lagi-lagi kalau kite ade simpan hati dekat die. Bahaye sungguh.. Kalau orang yang di stalk tu tahu, memang dia akan jadi takut dengan korang.. Hahaha.. Mesti kalau boleh nak avoid jadi macam ni kan??
  Banyak lagi keburukan stalk orang ni. Yang ada dalam kepale aku sekarang, stalking ni boleh mewujudkan perselisihan paham.. Yelah, yang pegi stalk kekasih orang lain tu kenape?? Kalau kantoi kan susah.. Tak berbaloi bergaduh sebab benda remeh temeh macam ni.
   Akibat buruk laen?? Membazer masa.. Percayalah, kalau minat, baik berkenalan cara betul jek.. Kalau kite stalk die, lari ketakutan nanti die. 
   Phewwww.. Penat dah otak nak pikir.. Rase-rasenye korang sume pun tahu kan pasal stalk-mengstalk ni. Tak payah la aku nak explain panjang-panjang.. Hehe..
  Konklusi?? Stalk lah secare sederhana, dan jangan kasi kantoi!! hahahahah...
  Goodnite people..
Assalamualaikum.. Peace

Wednesday 24 November 2010

Just a quick one~

 Assalamualaikum.. Hey mate :)
Ok2.. tak sempat nak tulis pnjang2.. padahal ade dah topic2 dlm kepale.. hehe.. agak busy dgn life di Belfast ni..
Nak cakap, baru tadi snow!!!... pastu, lari2 klua dari bilek, amek gmbr.. haha.. pakai jaket dan seluar pendek..
Nanti, sure nak upload gmbar.. tggu tau!!  hehe..
 Ok, take care.. Assalamualaikum.. seee ya ^^
edited: nah gambar2 awal.. aku yg pkai seluar pendek.. haha
                    

                          

Tulah muke2 jakun.. haha

Tuesday 23 November 2010

Menyangkal myth.. kepercayaan yang takde asaS..


Hey ya!! Assalamualaikum..
  Tadi, time baru balek dari kelas dynamic Charles McCartan, tetibe terpiker.. Kenape banyak sangat fakta yang orang bagitau kite, kite percaye bulat2?? Kadang2 fakta tu tak masuk akal langsung.. Jadi, memang tak layak kalau nak dipanggil fakta.. Kalau nak sebut satu persatu, memang banyak sangat fakta yang tak ade bukti dari segi sains.. Kalau fakta agame, laen lah cerite, sebab sesetengah bende dalam agame memang tak terjangkau oleh akal manusie.. Kadang2, bile dengar orang cakap tentang sesuatu yang salah, rase geram je nak betulkan die.. Nanti kalau tegur, ade yang taknak terime pulak.. Lagi2 orang melayu, memang cukup sensitif kalau orang cube nak betulkan die.. Padahal, menjadi tanggungjawab kite untuk membetulkan satu same laen..
  So, jom jadi mythbusters kejap.. Sekurang kurangnye, dapat la kite betulkan siket2 kan.. hehe..
  Karut-marut nombor 1: Kalau kite bercukur, tak kesahlah kite bercukur ape, rambut atau bulu akan tumbuh lagi cepat panjang. Bende ni sebenarnye tak betul. Kadar pertumbuhan bulu dan rambut tidak dipengaruhi bende2 macam ni.. Tak tau lah kepercayaan ni bermule dari siape, tapi bende ni memang dah lame orang percaye.. Jadi, jom cari orang tu, tembak die! haha.. Mesti ade orang nak tanye, mane saye tau bende ni tak betul?? Nah, ni link die.  click
 Karut-marut nombor 2: Antibiotic boleh baikkan demam.. SALAH! Ni sebenarnye adelah amalan kebanyakan doctor2 dekat Malaysia. Tapi, bende ni tak betul. Sebab, cold ataupun flu, bukan disebabkan oleh bacteria. Antibiotic sebenarnye untuk lawan bacterial infections.. Saye ade sorang akak yang tengah buat phd dalam pharmacology, dan die boleh confirmkan bende ni.. hehe, bergune jugakkan ade akak.. Kalau bukan tengah bertekak la.. Back to the point. Doctor2 dekat Malaysia, bagi antibiotic, sebab nak tambah bil..FACT Kalau dekat Europe, doktor takde hak nak kasi ubat. Tu tugas pharmacist.. Meh, kite tengok pulak ape kesan buruk kalau makan ubat antibiotic tak tentu pasal. Pertame, anda akan rase ditipu.. haha.. Takpe, lepas ni dah tau dah kan.. Kedue, antibiotics are carcinogen. Boleh menyebabkan cancer kalau kite amek sewenang wenangnye.. Ketige: Antibiotic boleh menggangu sistem hormone kite dan banyak lagi kesan buruk yang laen. Jadi, janganlah lepas ni maen telan je antibiotic ye. Nah, ni link.. click sini pulak! 
 edited: Sistem dekat Malaysia memang dah macam ni kan. Tapi, maybe one day boleh ubah.
 Phew, macam serious jek post dekat atas kan.. Haha.. Jom kite tengok pulak bende karut marut yang laen..
Karut-marut nombor 3: Astronaouts boleh nampak Great Wall of China dari bulan.. Amboi!! pakai teropong ke bang?? Fakta bagi bende ni ialah, astronauts takkan boleh nampak ape2 struktur ciptaan manusie dari bulan, sebab saiz yang terlampau kecik.. Dan astronauts sendiri pun tak penah report yang die nampak man-made structures dari bulan. Yang die boleh nampak, adelah bende2 semulajadi macam laut dan daratan yang indah, ciptaan Allah S.W.T... Sebenarnye, fakta ni merupakan hipotesis golongan saintis sebelum dorang dapat pegi ke bulan. Tapi, terlalu banyak orang yang percaye. Sori tak dapat bagi link untuk yang ni, cari balek tak jumpe.. Haha.. tapi memang tak tipu eh.. Kalau salah, sile betulkan..
Rase macam banyak bende karut yang nak di-bust-kan.. Tapi, tetibe otak blank.. Padahal banyak kot yang kite dengar dari semase ke semase.. haha.. Bercakap pasal myth or facts nih, tetibe nak share sesuatu yang sangat interesting. Bende ni agak diketahui orang2 yang berade dalam lingkungan medic. Ape ek bende tu?? P.L.A.C.E.B.O. effect.  Placebo effect ni, rasenye banyak antare kite yang pernah rase, cume tak tau ape term die.. Ok.. Jom kite kaji siket.
Definisi placebo effect ni, kalau nak pendek cerite, adelah effect yang berlaku ke atas seseorang itu disebabkan die percaye terhadap bende tu, make bende tu terjadi. Pening?? Contohnye. Ade seorang pesakit. Dan seorang doktor. Katekanlah, pesakit tu demam. Make doktor tu pun, ambil air masak, masuk dalam bekas ubat untuk kasi pesakit minum.( Bekas ubat macam cawan plastik, tapi kecik dan ade tulisan sukatan). Sebelum pesakit tu minum, doktor tu bagitau air masak tu ubat untuk baek demam.( hehe, tipulah, senang cite). Tau tau, kalau pesakit tu percaye dan minum ubat tu(air masak), ade kemungkinan memang die baek disebabkan air masak tu??? haaa... Tu la placebo effect.  Tapi, bende-bende ni mestilah ade variable factors die, bergantung kepade keseriusan penyakit tu jugak dan sebagainye. Kirenye tak bolehlah kalau korang nak tipu pesakit jantung cakap air masak yang korang bagi tu adelah ubat untuk baekkan sakit jantung serte merte.. Kang mati kene serangan jantung sebab happy sangat pulak nanti.. ahahaha... Ape yang boleh kite ambil iktibar dekat sini?? Kuase minda manusie sangatlah kuat. Melebihi sangkaan kite sebelum ni. Wallahualam.. Anyway, ni link untuk placebo effect. extra info ^^
Ok!! Rasenye setakat tu dulu kot.. Mesti penat dah korang bace kan.. thanx ^^
 Assalamualaikum :)

Monday 22 November 2010

Here we go

 Pertame sekali, Assalamualaikum dan hye :)..
  Hmmm... saye tak berape bagus nak bagi introduction.. haha..
  Nak tau ape pasal saye? ah! bgtau sume jelah kan??
Ok, saye seorang pelajar yang sedang menyambung pelajaran di UK.. umur?? tak payah la eh..
 whats important is I share my thoughts, and you read..
 Tujuan buat blog?? nak capub la.. ape lagi.. hehe.. takde la.. Macam yang saye dah cakap, I want to share my thoughts with the world, because I do not yet have the ability to stand in front of thousands of people to give a speech, but I am already able to think, and churn out ideas..
Jadi, pentingkah saye ni smpai org nak kne tau ape saye piker?? tak.. tapi, tetap nak tulis jugak.. hehe..
Blog.. bile dgr perkataan tu.. mesti mcm2 dtg kat kepale kite kan.. mcm2 jenis blog ade..
  Blog saye ni jenis mcmmane?? saye sndri pun tak tau lagi.. sebab, ini baru first post :P..
 Tapi, saye akn cube sedaye upaye untuk menjadikan blog ini best utk dibace :).. I am a fan of facts, and I like to read.. So, mungkin dah rase terpanggil utk share dgn org yang sudi.. hahahaha...
 Owh, penat dan pening piker tadi... takkan first post intro je kan?? Ok la ni nak tulis siket..
  Disebabkan saye belajar di tempat org kerane murah rezeki, saye ade peluang untuk tgok negare org, dan bende2 yang ade dalam tu.. so, why not share it??
  Pertame sekali, betul ke hujan batu ni tempat sendri, hujan emas di tempat orang, lebih baek tempat sendiri?? Ok, bace post saye, dan anda decide :)
Dari segi etika, contohnye, bende2 simple macam thank you, please, excuse me, sorry, would you mind..... ( fill in the blank), ataupun pegang pintu untuk orang laen yang nak kluar jugak tak kesah laki perempuan, dan bende2 kecik yang laen, terus terang saye katekan kite org melayu yang dianggap sopan ni, sebenarnye jauh beza dgn dorg.. Dorg mengamalkan bende2 etika ni sume, padahal bende ni Islam yang suruh kite buat.. Segan tak?? terpulang...
 Lagi satu, datri segi masa.. Ya Allah, lagi segan jadinye.. Kite selalu dengar term janji melayu kan?? Dekat sini bende tu tidak wujud.. Dorg sgt menghargai mase... padahal bukan ke bnde tu salah satu bende yang penting dlm agame kite?? kenape kite tak amalkan?? Mungkin sebab kite dah biase dgn care kite.. Tapi, kesalahan itu jika biase dilakukan, tak sesekali ia menjadi betul ok.. 
  Owh! ade lagi... dekat sini, dorg sangat memberatkan kualiti kerja.. tak kesahlah yang melibatkan kertas ke atau pekerjaan sebenar ke, ataupun servis ke.. Bagi dorg, bile mendapat sesuatu tugas tak kire yang kecil atau besar, itu merupakan tanggungjawab... Akan mereka laksanakan sebaik yang boleh.. Dan kalau pekerja2 dorg kat kedai tu, memang dorg akan melayan kite sebaik2nye.. percakapan pun sopan.. sangat helpful..  Dan kalau dari segi assignments, dorg paling benci dan tegas terhadap orang yang meng-copy.. Dekat sini, kalau copy, boleh kene buang University tau..
Fuuhh,,, macam banyak la pulak tulis ni.. haha..
  Dari segi kemajuan pulak, memang betul la kalau korg piker negare dorg ni sangat amazing.. mcm2 bende yang jauh beza dengan kite... kenape ek?? Sebab dorg menghargai ilmu.. Sesuatu bangse tu, kalau pade zaman dulu, kalau mereka hebat berperang, mungkin akan jadi kuase besar.. tapi, zaman sekarang, semuenye kerana ilmu.. Itulah permulaan segale2.. Macam Nabi Muhammad S.A.W. pernah bersabda dalam salah satu hadith, kite digalakkan menuntut ilmu hingge ke negeri China.. Agh!!! malasnye nak menuntut ilmu.. mungkin banyak yang piker macam tu kan?? Jawapan saye, tak ade bende yang senang.. semuenye susah..
  Hm... dah banyak jugak saye tulis ni kan.. Ok, jom buat konklusi.. ( ni pendapat saye eh)..
  Ade baiknye kite stop mengutuk bangse asing dan bersikap prejudis, yelah, memang bukan semue bende kite boleh cedok daripade dorang.. Dorang pun ade banyak bende tak senonoh jugak.. Tapi antare sebab2 dunie pandang tinggi dekat orang putih ni, adelah seperti yang dinyatekan di atas :)..
  Nasihat saye, kite kene banyak belajar daripade dorang.. Ambil yang baik, bukan ambil budaye kuning yang dorang bawak.. Tu bodoh namenye.. kalau hujan emas di tempat orang, jom lah ramai2 pegi tempat dorang, ambil emas tu bawak je balek.. amacam?? Tak ke lebih bijak tu..
Ok lah, setakat ni jek, Assalamualaikum... Bye ^^