Monday 20 December 2010

Itu Opinion you, Opinion I Laen..

   Idea untuk tulis entri yang gedik tajuknya ni dah lama ada dalam kepala otak aku. Cuma point mungkin kurang kuat. Lagipun. aku sebenarnya nak buat entri lain. Tetapi entri ini tiba tiba memotong line.Pergh! Tak ikut undang undang betul. Idea dalam fikiran mencurah curah. Mungkin sebab tengah duduk sebelah api dekat fire place. Nikmat betul lah dapat kepanasan time winter yang sejuk ini. Mari tengok sikit gambar.
Lets get comfy boys and girls!




  Ok ok, janji akan berhenti merapu pasal api. Sebab topik ni pasal perbezaan pendapat. So, on to the next paragraph.


   Sebagai permulaan kan,aku rasa topic ini agak menarik. Lebih lebih lagi untuk orang sekarang yang rata rata rasa pandai berdebat. Lagipun, nak pertahankan ego. Betul tak?? Hehe.. Bagi yang kurang minat untuk bertekak atau bersuare pun, tipu kalau tak pernah mengalami benda ini kan. Mesti korang pernah berbeza pendapat dengan kengkawan kan. Paling simple pun, nak makan tempat lain lain time keluar bersama. Takpun, taknak tengok movie yang sama. Yang nak jaga hati kawan biasa akan mengalah. Yang menang ini pulak, biasa yang reti mempengaruhi fikiran orang, ataupun yang kuat merajuk. Kalau lelaki, yang gedik terlebih lah, simple. Mesti korang pernah terasa hati dengan kawan kawan pasal benda benda macam ni kan. Geram? Relaks. Tarik nafas dalam dalam. Hehe. So, jom kita belajar sikit sikit tentang perbezaan pendapat.


  Kalau korang belek kamus mana mana ataupun cari dekat internet bagi sesiapa yang memang tak boleh tinggal facebook kejap untuk bace buku, definition pendapat memang lebih kurang sama. Maksud pendapat secara general adalah interpretasi subjektif terhadap sesuatu perkara, berdasarkan fakta fakta yang ada dan pemikiran masing masing. Satu benda yang sama pun boleh diinterpretasikan berdasarkan fikiran masing masing. Tak uniklah lah kan kalau korang semua fikir benda sama. Baik kawan dengan diri sendiri je.
Bercakap dengan diri sendiri nak tak?

    Sebelum kita adventure lebih jauh, aku nak cakap dulu. Ini bukan entri yang menyokong benda salah, especially yang terang lagi bersuluh salah.Aku lebih minat merapu pasal pendapat, dan bukan betul dan salah. Pahala tetap pahal dan dosa tetap dosa. Perbezaan pendapat pun bukan boleh diamalkan dalam semua perkara. Jangan main hentam yek.

  Perbezaan pendapat, ataupun segala perbezaan adalah normal. So, rest assured, korang tak gila. Haha.  Variation itu perkara fitrah, sedangkan genetic setiap orang pun berbeza. Bunga bunga pun banyak jenis. Makanan yang sedap pun bukan satu. Jadi silalah tak puas hati terhadap kawan kawan yang ego. Erk, gurau gurau. Kenapa perbezaan pendapat itu perlu? Masing masing pun boleh beri point kan. Tapi ini blog aku, so kena lah korang baca jugak. Muahaha. Ok, on to the first point.
 
  Bosan lah dunia kalau semua terbentuk dari satu cop.

   Cuba korang bayangkan, semua orang hidup style yang sama macam korang, suka benda yang sama, fikir benda yang sama, makanan peberet pun sama. Ambil periksa pun, sorang sahaje pergi ambil. Sebab, kalau ramai ramai ambil pun markah semua SAMA. Kalau macam itu, tak perlulah manusia berkenalan sesama sendiri. Sebab tak ada benda yang interesting. Apa apa benda pun tak akan berkembang. Cuba bayangkan, semua restoran kat dunia ni restoran KFC. Ataupun McD. Ataupun semua sekali kedai mamak. Kan tak best tu. Taste rancangan tv korang pun berlainan dengan parents korang kan. Betul tak? Senang cerita, tak berkembang lah dunia ini kalau semua orang berfikiran sama. Perbezaan pendapat yang buat korang kadang kadang bergaduh itu la yang membuat dunia ini berkembang. Apa lagi, selalu lah bergaduh. Hilang suara sebab menjerit atau hilang nyawa, tak tanggung eh. Haha.

  Ego dan bongkak lah semua orang nanti
  
  
  Kalau korang tengok point ni, die sebenarnya banyak berlaku depan mata korang. Kalau lah seseorang itu tak belajar untuk terima pendapat orang lain dan hanya menerima pendapat diri sendiri, orang itu biasanya ego. Dia akan rasa diri dia betul Padahal pendapat bukan berkaitan salah dan betul. Pendapat setiap orang memang berbeza. Nak tengok orang ego? Lihat sekeliling. Lebih lebih lagi orang yang famous. Disebabkan dia famous, orang selalu mengiyakan apa yang dia cakap, samada mengampu ataupun memang kadang kadang kurang berfikir. Orang yang famous itu pun lama lama menjadi semakin ego. Dia rasa dia terhebat. Bajet pandai lah katakan, padahal SPM pun terkial kial.

Perkembangan ilmu

  Sebenarnya, point ni memang ada bersangkut paut dengan point first aku tadi. Cuba bayangkan kalau pendapat ahli falsafah Greek( eh, ke Yunani??) tentang ilmu diguna pakai sehingga sekarang. Tak mundur ke dunia sekarang ni. Disebabkan ada orang yang berfikiran berlainan lah ilmu dan theory theory berkembang. Ilmu sentiasa bertambah, disebabkan perbezaan pendapat, dan ketidaksetujuan. Memang lawak kalau nak dibayangkan ilmu diterima bulat bulat. Well, cara untuk menyelesaikan satu soalan matematik pun banyak kan, dan korang ada cara yang rasa sesuai dengan diri masing masing. Jadi memang tak boleh lah korang hanya berpegang kepada sesuatu pemikiran, dan tidak ingin sekurang kurangnya mendengar pendapat orang lain.

    Dah penat bercakap, jom buat penutup karangan.
 
Kalau kita tengokkan, perbezaan cara dan pendapat itu memang dah wujud. Yang jadi susah adalah apabila masing masing tak tahu macam mana nak menghormati pendapat orang lain. Inilah yang aku nak mencelah ni. Bagi aku, terimalah orang lain kerana perbezaan pendapat mereka. Tak semestinya kita kena mengikut dia ataupun sebaliknya. Jangan rasa tak sebulu dengan dia. Orang kate, tak ngam. Aku kate, tak fit. Haha. Kalau nak senang berkawan, banyakkan tengok persamaan yang korang ada. Selain itu, try letak diri korang dalam perspektif orang lain. Belajar cara pemikiran dia. Appreciate each other boys and girls.

  Sekian, selimut dah menjemput. Nites. Sweet dreams.

ps: ni gambar tempat duduk aku time tengah tulis :)


Selesa yang bangat!



 

17 comments:

  1. bagusnya hasil penulisan..

    kemas dan mgunakan bahasa yang betul :)

    terima kasih sebab sudi singgah blog saya..

    ReplyDelete
  2. Ade jugak orang puji..hehe.. Thx yang amat.. mekaseh jugak..

    ReplyDelete
  3. yes! very the agree dgn sume di atas! kalau semua org satu taste, maksudnye org yg x lawa tu sume tak laku. hahahaha

    ReplyDelete
  4. hahahaha.. jahat sungguh kamu!

    ReplyDelete
  5. saya paling tak suka orang pakai baju sama dengan saya, x suka orang guna perkataan trade mark sy, x suka orang guna nama macam sya...hohooh bnyk nya yg saya x suka...

    thanx buat entry ni, baru milo sedar bnyk jugk benda yg millo tak suka...hehehe

    ReplyDelete
  6. millo nampak yg kat atas meja tu macam peroro rocher je...

    betol ke tak btol...
    kalau btol pos sini sikit....huhuhu

    ReplyDelete
  7. hehehe.. betul.. smbil minum teh, makan ferrero rosche time tulis blog.. pulak tu bakar arang time sejuk ^^.. haha
    kondusif untuk berfikir..

    ReplyDelete
  8. Stuju sgt especially kalu certain2 pendapat tu xsemestinye kena diamalkan. instead kte guna sbg knowledge baru.

    Tp kekadang ad jgak jenis yang berfikiran parallel, ituk jer norma dunia. Kalu kte bagi pendapat sal benda yang bercanggah dengan pendapat beliau, trus beliau menghentam kita.

    So, berfikirlah secara lateral. Kalu term rekaan ak, "berfikirlah secara 3D", iaitu parallel and lateral. Konsep lateral lebih kurg cmni la;
    Tidak kisah pendapat itu betul atau salah. Follow atau tentang norma dunia. tp ingin ditegaskan benda nie. Bukan kita bermaksud utk menyokong benda yang salah. Dosa tetap dosa, pahala tetap pahala... Ryte?

    ReplyDelete
  9. hehe.. betul.. itu yang aku cube sampaikan.. Benda yang terang salah tak payah dibicarakan.. Aku cume tak suke orang yang suke pakse orang laen ikut die.. Kadang kadang kite makan taste tak same dengan die pun die nak kecoh..

    ReplyDelete
  10. ooh patut aa smooth je flow ayat dia.haha.makan ferero roche upenyer..bgus2,secrete hormon to fel good tuh.

    ReplyDelete
  11. haha.. chocolate memang lah wat orang feel good..

    ReplyDelete
  12. amatlah kondusif..jeles sama itu unggun api!kitorg mama(komandan) tak kasi main api...wuwuwuuw sedey betol..hehe..guna heater je,die takut kitorg bakar apartmnt ni agknye..hheehehe.:)

    ReplyDelete
  13. hahaha.. Kitorang pun biase heater jek.. ni g rumah senior.. die nak bakar.. so join la..

    ReplyDelete
  14. pendapat lain biasa lah. betul kau cakap takkan satu cop sama semua. coklat banyak beb, sana murah ke? hhehe

    ReplyDelete
  15. sini memang kuase membeli kuat.. kadar inflasi pun rendah.. ko bayangkan susu dlm botol 2 litre boleh dpt dalam 0.80 pound.. tak smpai sringgit weh.. haha.. brg2 sini memang murah..

    ReplyDelete