Sunday 12 December 2010

Kenape kena pileh pileh?


 Assalamualaikum dan selamat malam (mengikut waktu Belfast). Kalau korang semua tengok gambar di atas, 
apa yang korang akan fikir? Penipu? Pembelot? Pembunuh? Mesti segala gala macam pe_ lagi kan. Yang sebenarnya, aku nak korang fikir perkataan PEMIMPIN.

 Tertanya tanya kenapa topik pemimpin? Sebab pada pandangan aku, banyak benda mesti dibetulkan dengan kepimpinan di dunia ini. Kalau tengok balik 40 hingga 50 tahun yang lampau, pemimpin-pemimpin yang kita ada memang bertujuan untuk memimpin bangsa.Masuk politik kerana ingin memimpin orang. Kesan pemerintahan mereka sampai sekarang kita rasa kan. Nama masing-masing pun disebut dalam sejarah. Cuba tengok pula pemimpin sekarang. Semakin ramai yang tamak. Tamakkan duit, tamakkan nama, tamakkan kuasa. Masing-masing bila berucap, tujuan ucapan banyak untuk menjaga kepentingan sendiri. Bila berparti, tujuan adalah untuk menang, dan kemudian senang lenang dengan habuan yang diperolehi. Parti A akan mengatakan apa sahaja yang dibuat pari B adalah salah, dan sebaliknya walaupun apa yang dibuat mungkin betul. Ia menjadi salah sebab dibuat oleh pihak musuh ketat.

  Selepas itu, kita pun disogokkan dengan manifesto parti masing-masing. Kedua-dua pihak seolah-olah berperang dalam menjatuhkan nama yang satu lagi. Macam-macam yang dijanjikan oleh parti yang menang. Kita sebagai rakyat pun terpengaruh dengan manifesto yang diberi. Akhirnya, kita akan mengundi berdasarkan PARTI, dan bukan PEMIMPIN. Kita tahu pemimpin mana yang lebih bagus, tapi bukan tentu dia yang akan kita undi. Hanya kerana disebabkan pemimpin itu berada dalam parti yang kita dah tanamkan dalam hati, sifat tak suka. Sampaikan, kadangkala kita boleh berbalah tentang kehebatan parti masing-masing, padahal kehebatan pemimpin itu adalah berdasarkan dirinya sendiri dan apa yang dibuat untuk negara, dan kehebatan pemimpin bukannya bergantung pada parti.

Jadi, apa sebenarnya yang aku nak cakap? Jawapan dia mudah. Bila kita sebagai rakyat diberikan peluang untuk mengundi, tolonglah fikir siapa yang akan kita undi. Bukan parti mana yang akan kita undi. Memang pahit untuk mengundi seseorang yang partinya tidak kita sokong, tetapi benda ini perlu untuk kebaikan bersama. Ingatlah, kesemua pemimpin yang baik bukan berada sekelompok dalam satu parti. Janganlah ditanam dalam diri kita sikap membenci parti, tapi biasakan diri untuk memilih yang betul, walaupun susah. Biarlah dewan parlimen itu dipenuhi pemimpin dari pelbagai parti sekalipun, tak akan menjadi masalah kalau pemimpin yang kita pilih itu memang tujuan dia jadi pemimpin, adalah untuk memimpin rakyat dan diri sendiri ke arah yang lebih baik.

  Kalau satu dewan itu dipenuhi pemimpin dari satu parti pun, akan membawa susah jugak nanti. Ini disebabkan suara parti lain tidak didengari. Kalau ini berlaku, lagi lah banyak penindasan, korupsi dan penipuan akan timbul. Sedangkan sekarang pun banyak rahsia-rahsia pemimpin telah bocor. Berlumba lumba pulak nak 'cover'. Sedangkan, kalau tidak ada salah yang dibuat, tidak perlu untuk merasa gelisah dan risau.

  Politik zaman sekarang boleh dikatakan sudah dicemari dengan fitnah dan penipuan. Masing-masing berebut untuk jadi pemimpin. Masing-masing fikir diri sudah layak memimpin,walaupun sembahyang belum tentu cukup. Sedangkan pada zaman dahulu kala, orang sangat takut untuk jadi pemimpin, kerana sedar tentang tanggungjawab yang akan dipersoalkan di akhirat kelak. Ada satu hadis yang berbunyi;
"Sesungguhnya kalian nanti akan sangat bercita-cita terhadap kepimpinan padahal kelak di hari kiamat ia akan menjadi penyesalan" (HR Al-Bukhari).
Fikirkan maksud hadis ni dalam-dalam, dan pastikan kita sebagai rakyat, undi pemimpin yang sepatutnya. Lupakan parti apa yang disertainya. Kepada yang bercita-cita jadi pemimpin, ubahkan niat asal tujuan untuk menjadi pemimpin.

  Sedar tak sekarang betapa besarnya tanggungjawab kita sebagai rakyat? Sebenarnya rakyat lah yang menentukan jatuh bangun sesuatu negara, dan bukan pemimpin. Dan ingat, pemimpin yang sebenar adalah yang sanggup menjadi hamba untuk rakyat dalam menjalankan tugasnya :)

2 comments:

  1. aku tak ambek port pasal politik. undi mana2 pun sama je.

    ReplyDelete
  2. EEan: betul tu.. Kalau kita tak tunaikan tanggungjawab.. maknanya kita tak kisahle negara jadi camne
    ALL IN ONE

    ReplyDelete